Tuesday, November 5, 2019
PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH SK POPOK KOTA MARUDU TAHUN 2019
1.0 UNDANG UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2018-2019, Peraturan-Peraturan Am MSSM dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSS Sabah 2019
2.0 ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT YANG DIPERTANDINGKAN DI PERINGKAT MSS SK POPOK KOTA MARUDU SABAH 2019.
Acara Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah
SUSUNAN ACARA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSS SK POPOK TAHUN 2019
HARI PERTAMA : 6 NOVEMBER 2019 (RABU)
NO. ACARA
LAPOR DIRI
MASA
ACARA
KATEGORI
PERINGKAT
101
7.10AM
7.30AM
100 M
P
AKHIR
102
7.15AM
7.35AM
100 M
L
AKHIR
103
7.20AM
7.40AM
200 M
P
AKHIR
104
7.25AM
7.45AM
200 M
L
AKHIR
105
7.40AM
8.00AM
4X100 M
P
AKHIR
106
7.50AM
8.10AM
4X100 M
L
AKHIR
8.20 AM
PENYAMPAIAN HADIAH
100M,200M & 4X100M
107
7.35AM
8.30AM
LOMPAT TINGGI
L
AKHIR
108
8.00AM
8.30AM
LOMPAT JAUH
P
AKHIR
109
8.00AM
8.30AM
LONTAR PELURU
P
AKHIR
110
8.35AM
9.30AM
LOMPAT TINGGI
P
AKHIR
111
9.00AM
9.30AM
LOMPAT JAUH
L
AKHIR
112
9.00AM
9.30AM
LONTAR PELURU
L
AKHIR
11.00AM
PENYAMPAIAN HADIAH
LOMPAT TINGGI,LOMPAT JAUH & LONTAR PELURU
HARI KEDUA : 7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)
NO. ACARA
LAPOR DIRI
MASA
ACARA
KATEGORI
PERINGKAT
201
7.10AM
7.30AM
4X200 M
P
AKHIR
202
7.20AM
7.40AM
4X200 M
L
AKHIR
203
7.30AM
7.50AM
4X25 M
PRASEKOLAH
P
AKHIR
204
7.40AM
8.00AM
4X25 M
PRASEKOLAH
L
AKHIR
205
7.50AM
8.10AM
4X50 M
TAHAP 1
P
AKHIR
206
8.00AM
8.20AM
4X50 M
TAHAP 1
L
AKHIR
BERAT PELURU IALAH 2.72KG
9.00AM
PERASMIAN PENUTUPAN & PENYAMPAIAN HADIAH
2.4
Kod 25 :
Acara 4 X 200 M
2.4.1
Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 ½ stagger
seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M
2.4.2
Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan
2.4.3
Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger ( seperti pelari kedua dalam acara 4 X
400 M ). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari
di lorong masing masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, beliau boleh
memotong masuk ke lorong pertama.
2.4.4
Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut start list , dan
menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain.
3.0 HADIAH-HADIAH
3.0.1 Acara Individu sehingga 1500 meter Pertama, Kedua dan Ketiga
3.0.2 Acara Berpasukan Enam pingat akan diberi kepada setiap pasukan yang berjaya di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.
4.0 ACARA PERTANDINGAN
4.1 Setiap RUMAH SUKANadalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1) pasukan sahaja bagi setiap acara Lari Berganti-ganti.
4.2 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut:-
Kategori
Individu
Lari Berganti-ganti
11 TKB
2
2
4.3 Acara Terbuka hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 9 tahun atau lebih pada 1 Januari tahun pertandingan.
5.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA
5.1 Pendaftaran peserta hendaklah MELALUI BORANG RASMI PENDAFTARAN HENDAKLAH SAMPAI KEPADA URUSETIA PENDAFTARAN SEBELUM ATAU PADA 1.59 PETANG 04 NOV 2019 (ISNIN). Butir-butir tentang seseorang hendaklah dilengkapkan dan disahkan olah Setiausaha RUMAH SUKAN masing-masing.
5.2 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari Berganti-ganti sahaja juga dikehendaki mendaftar.
5.3 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu ( Borang R01 / M01 ) secara individu beserta gambar berukuran pasport dengan menyertakan salinan kad pengenalan
sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan Sekolah peserta berkenan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta Setiausaha Sukan Bahagian. (Peraturan Am 4.8)
5.4 Peserta-peserta 12 tahun ke bawah WAJIB membawa sijil lahir asal. Surat Akuan, Surat Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA (Sila rujuk Peraturan Am 4 MSSM dan Lampiran C.)
6.0 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA
6.1 Mesyuarat Pengundian
6.1.1 Mesyuarat pengesahan akan diadakan pada 5 Nov 2019 (Selasa). Pengurus Pasukan atau wakilnya diminta hadir. Untuk penentuan lorong akan dibuat pada 1 Nov 2019.
6.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya dalam mesyuarat tersebut. SELEPAS ITU, SEMUA
PERTUKARAN/PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN. (TIADA PENAMBAHAN PESERTA BARU)
6.2 Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan
Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA pengganti dibenarkan.
6.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan.[Peraturan 142. 4-Failure to participate]
6.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan penyertaannya pada Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan, adalah dianggap sebagai telah menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.
6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan.
6.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti
6.4.1 Bagi acara Lari Berganti-ganti, komposisi pasukan boleh dibentuk daripada senarai peserta yang telah didaftarkan dalam borang pendaftaran rasmi pasukan sahaja. Walaubagaimanapun, sebaik sahaja pasukan telah mula bertanding, hanya dua (2) orang atlet tambahan boleh digunakan sebagai pengganti dalam komposisi pasukan tersebut. Komposisi empat orang pelari termasuk 2 orang pengganti dan susunan larian atlet-atlet wajib diistiharkan secara rasmi tidak lewat daripada satu jam sebelum masa panggilan saringan pertama setiap pusingan menggunakan borang rasmi lari berganti-ganti yang disediakan JK Teknikal dan Pertandingan MSS SK POPOK KOTA MARUDU Sabah 2019.
6.4.2 Seseorang peserta (berdaftar) yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.
7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA
7.1 Semua peserta mesti melaporkan diri seperti jadual di bawahsebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta
ACARA
MASA AKHIR LAPOR DIRI
MASA BERGERAK KE ARENA
Balapan
20 minit sebelum acara bermula
10 minit sebelum acara bermula
Balapan ( Lari Berpagar)
25 minit sebelum acara bermula
15 minit sebelum acara bermula
Lontaran, L. Jauh, L.Kijang
30 minit sebelum acara bermula
20 minit sebelum acara bermula
Lompat Tinggi
55 minit sebelum acara
45 minit sebelum acara bermula
7.2 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, sebelum acara mereka dimulakan, Referi Bilik Panggilan boleh membatalkan penyertaan dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.
7.3
Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik
dalam
arena pertandingan
7.4
Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka
TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan
dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat
sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan
7.5
Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan
dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing
7.6
Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan
Tag
Pengenalan Rasmi kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,
peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.
8.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN
8.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Hakim Bilik Panggilan.
8.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka (Jika diberi arahan).
9.0 MEMANASKAN BADAN
Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.
10.0 BLOK PERMULAAN
10.1 Bagi acara -acara yang disebut di bawah untuk peringkat umur 11 tahun ke bawah Lelaki dan perempuan, mulaan dekam dan Blok Permulaan MESTI DIGUNAKAN:-
100 meter
80 meter lari berpagar
400 meter lari berpagar
200 meter
100 meter lari berpagar
4 x 100meter
400 meter
110 meter lari berpagar
4 x 400meter
NOTA: Peserta balapan yang menggunakan blok permulaan tidak dibenarkan mendapat bantuan dari mana-mana pihak untuk menahan blok permulaan kecuali blok tersebut betul-betul bermasalah dan pengelola tidak mempunyai spare untuk menggantikannya.
11.0 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN
11.1 Spikes : Kejohanan ini akan diadakan atas balapan Sintetik. Panjang maksimum paku spike tidak boleh melebihi 6mm kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm
11.2 Peralatan: Jawatankuasa Pengelola akan sediakan semua peralatan termasuk blok permulaan.
11.3 Baju : bagi acara berpasukan semua peserta dikehendaki memakai baju yang sama mengikut pasukan masing-masing.
12.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN.
Peserta-peserta tidak dibenar menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menanda di tempat-tempat pertandingan. Mereka haruslah menggunakan pita (masking tape) yang disediakan oleh pasukan masing-masing. Peraturan 163.4 peserta tidak dibenarkan meletak tanda/penanda bantuan di atas / dalam atau di sisi lorong larian untuk membantu mereka.
13.0 UKURAN TINGGI PERMULAAN.
Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:-
13.1 Lompat Tinggi Ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya
13.1.1 Lelaki 11 Tahun
Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.25 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.10 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut
1.20m, 1.25m, 1.30m, 1.34m, 1.38m, 1.42m, 1.45m, 148m, 1.51m, 1.54m
1.56m, 1.58m, dan seterusnya.
13.1.2 Perempuan 11 Tahun
Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.15 meter. Untuk pertandingan ketinggian palang akan bermula 1.00 meter yang kemudiannya dinaikkan seperti berikut
1.05m, 1.09m, 1.12m, 1.14m, 1.16m, 1.18m, 1.20m, 1.22m 1.24m, 1.26m, dan seterusnya
UKURAN ACARA DI PERKARA 13 ADALAHTERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN REFERI PADANG
15.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN.
15.1 Penentuan Peserta Terbaik
15.1.1 Hadiah-hadiah peserta terbaik akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki 11TKB dan Perempuan 11TKB. Pemecah rekod baru berstatus [ikut ranking kejohanan] Rekod Kejohanan Olahraga peringkat Kebangsaan (KOM),Rekod Remaja Kebangsaan (KOM), Rekod Sekolah-sekolah Asean, MSSM dan MSS Sabah dan jumlah rekod yang di perbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas,perak dan gangsa.
15.1.2 Sekiranya tiada rekod diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara individu akan diambil kira.
15.1.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan gangsa dalam acara individu akan diambil kira.
15.1.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan di buat berdasarkan MESYUARAT PANEL PEMILIH (GB,PK KOKUM&3 PENGURUS/WAKIL RUMAH SUKAN)
15.2 Johan Keseluruhan
Johan Keseluruhan ialah Kontinjen Olahraga RUMAH SUKAN yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil kira, jika masih seri, kiraan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira.
16.0 SARINGAN / KELAYAKAN / SEPARUH AKHIR
16.1 Enam (6 ) Saringan
Hanya tiga (3) peserta dari setiap saringan dan enam (6) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keenam-enam larian adalah layak memasuki peringkat Separuh Akhir.
16.2 Lima (5) Saringan
Hanya empat (4) peserta dari setiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari kelima-lima larian layak memasuki peringkat Separuh Akhir.
16.3 Empat (4) Separuh Akhir
Hanya Satu (1) peserta ( pemenang ) dari setiap saringan dan empat (4) lagi peserta yang mencatat masa terbaik dari keempat-empat saringan layak memasuki peringkat Akhir.
16.4 Tiga (3) Separuh Akhir
Hanya dua (2) peserta ( pemenang pertama dan kedua ) dari setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari Ketiga-tiga, Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.
16.5 Dua (2) Separuh Akhir
Hanya Tiga (3) peserta ( pemenang pertama , kedua dan ketiga ) dari setiap separuh akhir dan dua (2) lagi peserta yang mencatatkan masa yang terbaik dari Kedua-dua Separuh Akhir adalah layak memasuki peringkat Akhir.
16.6 Pertandingan Kelayakan.
Dalam peraturan 180.9 Sekiranya bilangan penyertaan untuk acara padang terlalu ramai, satu pertandingan kelayakan akan dijalankan dan semua prosedur pelaksanaan pertandingan akan mengikut peraturan KOM 180.10 hingga 180.16. Standard kelayakan akan mengguna pakai kelayakan seperti di bawah ini
ACARA
L E L A K I
P E R E M P U A N
11TKB
11TKB
Lompat Tinggi
1.00m
1.10m
Lompat Jauh
4.00m
3.00m
Melontar Peluru
3.00m
2.00m
17.0 PEMBAHAGIAN LORONG
17.1 Semua pembahagian lorong adalah tanggung jawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Olahraga MSS SK POPOK KOTA MARUDU Sabah 2019.
17.2 Bagi pusingan pertama, setiap peserta akan disusun dengan computer generated untuk menentukan lorong masing-masing.
17.3 Penentuan pusingan / saringan seterusnya adalah berdasarkan peraturan 166.3 (Pusingan dan saringan)
17.4 Bagi penentuan lorong, tiga (3) undian akan dibuat seperti berikut:-
17.4.1 Satu kumpulan empat peserta atau pasukan yang menduduki rangking teratas bagi memutuskan tempat mereka di lorong 3,4,5 dan 6. [diundi]
17.4.2 Satu lagi untuk peserta atau pasukan tempat ke lima dan enam bagi menentukan tempat di lorong 7 dan 8, dan [diundi]
17.4.3 Satu lagi untuk dua orang peserta atau pasukan tempat terakhir bagi menentukan tempat di lorong 1 dan 2.[diundi]
18.0 PENGADIL/PEGAWAI PERTANDINGAN
18.1 Semua Pegawai Teknikal yang bertauliah akan dilantik oleh GURU BESAR SK POPOK untuk bertugas di sepanjang pertandingan berlangsung.
18.2 Keputusan Pegawai Teknikal dalam setiap pertandingan adalah muktamad.
19.0 NOMBOR PENGENALAN MSS SK POPOK
RUMAH
NOMBOR
MERAH
001-030 DAN 201 - 230
HIJAU
031-060 DAN 231 -260
BIRU
061-090 DAN 261-290
20.0 BANTAHAN
20.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOM, kecuali perkara-perkara seperti di bawah:-
20.1.1 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada:-
Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.
Tiga Puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.
20.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan Wang Pertaruhan RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima puluh SAHAJA).
20.1.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.
21,0 JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB
21.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia.
21.2 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.
21.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib Olahraga MSS SK POPOK KOTA MARUDU Sabah
2019 adalah muktamad
22.0 KAWASAN PERTANDINGAN
Hanya pegawai-pegawai pertandingan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja dalam acara masing-masing dibenarkan berada dalam kawasan pertandingan
23.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
23.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan. Tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSS SK POPOK KOTA MARUDU Sabah, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu.
23.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam undang-undang Balapan dan Padang KOM terkini, Peraturan-Peraturan AM MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah.
24.0 HAL-HAL LAIN
24.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai .Orang-orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
24.2 Selain dari Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN YANG DIBENARKAN MASUK KE ARENA
PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
Kelayakan umur peserta:
11 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2008
24.4 False start (Salah Mula) peraturan 162.7: Berkuat kuasa 1 Januari 2010, kecuali dalam acara bercampur, mana-mana peserta yang melakukan salah mula akan dibatalkan.
Dalam acara bercampur peserta yang melakukan salah mula hendaklah diberi amaran. Hanya satu salah mula dalam satu perlumbaan dibenarkan tanpa pembatalan. Mana-mana atlet yang melakukan salah mula seterusnya dalam perlumbaan itu akan dibatalkan.
24.5 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta atau sebarang kecederaan lain berlaku:-
24.5.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat Kejohanan dan sebaliknya.
24.5.2 Semasa Kejohanan dijalankan.
24.5.3 Di dalam dan luar kawasan Kejohanan.
24.5.4 Di tempat-tempat penginapan.
24.6 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Tarikh : 07 November 2019( Khamis ) Tempat : Padang SK Popok, Kota Marudu 8.50 pagi : Kontinjen Perbarisan mengambil tempat 8....
-
TARIKH : 6.11.2019 MASA: 07.30AM NO.ACARA :101 PERINGKAT : AKHIR KATEGORI :PEREMPUAN REKOD KEJOHANAN : 13:50s (2017) JULMAH ABDULLAH (...
-
Tarikh : 05 November 2019( Selasa ) Tempat : Padang SK Popok, Kota Marudu 8.15 pagi : Kontijen mengambil tempat 8.20 pagi : Gur...
No comments:
Post a Comment